terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang agak simple ini.Ini adalah sekadar coretan semata-mata dan saya harap coretan ini akan dapat memberi pengajaran kepada saya dan anda semua yang membaca..
Korang semua tahu tak apa hukumnya seorang wanita meletakkan gambar yang tidak menutup aurat ke dalam fb atau dimana-mana laman sosial? hukumnya mestilah haram bukan? dan korang tahu tak apa hukumnya jika korang 'LIKE' gambar friend korang yang tidak menutup aurat? hukumnya juga berdosa kerana korang menyokong perbuatan tersebut.Perlu diingatkan , tidak menutup aurat di sini bukanlah bermakna tidak memakai tudung semata-mata, malah jika korang memakai baju t-shirt lengan pendek dan bertudung sekalipun, itu pun dikira tidak menutup aurat juga . Senang ceritalah lah kan, tidak menutup aurat ini bermaksud tidak mematuhi batas-batas aurat dalam syariat islam. Berikut adalah batas-batas aurat antara lelaki dan perempuan dalam islam.
lelaki: antara pusat hingga lutut
perempuan: seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka sahaja.
so, kalau ada di antara friend korang yang meletakkan gambar yang tidak menutup aurat dalam fb , twitter dan sebagainya, tegurlah dengan cara yang baik dam katakan padanya perbuatan tersebut adalah salah.
lagi satu saya nak tanya , perlu ke kita edit gambar tu supaya kelihatan lebih cantik? untuk apa? adakah untuk mendapat perhatian atau untuk mendapatkan LIKE yang banyak? semua itu tidak akan dikira di akhirat nanti.. ingatlah , manusia dicipta oleh ALLAH dengan sebaik-baik kejadian dan setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. So, tidak perlulah sampai nak ubah semua tu. BERDOSA..
dan ingatlah , setiap pujian yang diterima oleh kita boleh membawa kepada sifat bangga diri dan kadang-kadang boleh membawa kepada sifat 'riak'(menunjuk-nunjuk keistimewaan diri).Tahukah korang , riak ini boleh mendatangkan syirik dan syirik itu termasuk antara perkara yang membatalkan iman! subhanallah, betapa besarnya keburukan riak kepada diri kita ini. jadi, beringatlah kepada diri korang sendiri dan juga kawan-kawan korang serta tidak lupa juga kepada diri saya sendiri.